diriku...

diriku...
hamba Allah yg sentiasa mencari erti hidup agar diriku sentiasa pada landasanNya

27 Nov 2010

Opick - Allahu Ya Salam ( OST Chinta ) Song + Lirik




indah nian lirik dan susunan lagunya...menyentuh nubari ini
utk drama Chinta ni pulak, membuka fikiran kita utk berfikir dr sisi yg berbeza...
suatu naskah yg perlu ditonton dr permulaan hingga ke akhirnya baru kita akn faham...apa yg tersirat dan tersurat....
drama terhebat 2010...

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)

21 Nov 2010

Demam peperiksaan....

salam....dah lama rasanya x update blog ni...kn...sedar x sedar skrg dah berada di minggu peperiksaan yg sgt dicintai...(wakaka ya ka)...exam kali ni semangatnya lain bebenor sbb sama2 menempuhi peperangan ini bersama adik aya Nor Azwan Bin Abd goni yg akan berperang di medan STPM bermula 23/11 ni dan aya pula bermula 24/11 ni...semoga aya dan adik aya beroleh keputusan yg cemelang dan terbilang utk ayah dan bonda tercinta...jadinya dikesempatan ini aya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon2 SPM, STPM dan mahsiswa/i UPSI...semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat...

akhir kata jadikan peperiksaan sebagai jambatan ke syurga bukan ke neraka...dalam maknanya 2...

semoga berjaya... (usaha + doa + tawakal =kejayaan)

17 Oct 2010

mimpi itu menimbulkan 1 tanda ?

aduh!!!! benarkan apa yg aku mimpikan ini...aku berpacaran dengan seorang sahabat yg dikenali sepanjang pengajianku....kenapa dia hadir sebagai seorang kekasih dalam mimpiku....sedangkan dia sudah berpunya....oh! tidak semoga ianya cuma dalam mimpi semata-mata....kerana aku tidak akan melanggar prinsip hidupku...dan aku akan cuba mengelakkan diri drp merampas hak org lain....wakakakakaka ketawa terguling-guling keseorangan mengenangkan mimpi ini....

huuuuuuuuuu biarlah kupendamkan ia dlm hatiku seorang saja.....

24 Sept 2010

Timeless (kekal abadi/x lapuk dek zaman/x ditelan masa)

Artist : Kelly Clarkson
Lirik Lagu : Kelly Clarkson - Timeless Lyrics
Kelly Clarkson - Timeless Lyrics

Baby come close let me tell you this
In a whisper my heart says you know it too
Baby we both share a secret wish
And you feel my love reaching out to you

Timeless
Don?t let it end (no)
Now that you?re right here in my arms where you should stay
Hold tight baby
Timeless
Don?t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It's just timeless love

I see it all baby in your eyes
When you look at me I know I feel it too (yes I do)
So let's sail away and be forever baby
Where the crystal ocean melts into the sky
We shouldn?t let the moment pass
Making me shiver let?s make it last
Why should we lose it don?t ever let me go

Timeless
Baby its timeless
Oh baby its timeless

Timeless
Don?t let it fade out of sight
Just let the moments sweep us both away
Lifting us to where
We both agree
It?s just timeless
It?s just timeless

Love

Indahnya Hidup andai dapat menyenangkan insan lain...NAMUN?

indahnya hidup andai diri ini yang hanya sekadar insan biasa dapat menyenangkan orang lain...
namun apa yg menjadi persoalan dibenak ini apabila segala usaha telah dilakukan dengan sepenuh hati ini dengan rasa keikhlasan yg hanya dpt dinilai oleh Tuhan yg 1...seolah 2 diambil mudah perasaannya... haruslah dingati bahawa setiap insan itu pasti punya perasan untuk dihargai...namun apa salahnya insan yang sudah dipermudahkan segala urusannya itu menghargai apa yg telah dikorbankan...bukannya bersifat mengungkit...tetapi membangkit untuk menimbulkan kesedaran kepada insan yg sering terlupa untuk menghargai segala jasa dan bakti insan lain kepadanya....perlu difahami insan biasa ini ingin dihargai cukuplah sekadar ucapan terima kasih dan komitmen yang baik dalam urusan itu.

4 Sept 2010

Hati Berbunga + Hati yg pilu...

Salam 25 Ramadhan 1431H.....

hati ini berbunga riang menanti detik utk pulang ke kampung halaman > < dlm 7 jam lg...uhahahhaaaaaaaaawaaaaaaaaa... sukanya... x sabar rasanya utk bertemu ayah dan bonda...adik2, sepupu2, cikgu2 dan semualah yg da lama x jumpa....call bonda bg tau nk blik 4 hb ni....n kuih raya pon da blikn 2 jenis....wah mmg aya xcited loh nk raya kali ni.....tpi kenapa ya...aya pon x tau kenapa.... tpi bila mengenangkan ramadhan yg sudah berada dipenghujungnya yg cuma tinggal > < lg 5 hari, aya rasa sangat pilu. yalah bila dikenangkan amal ibadat yang belum tentu cukup untuk menjamin aya agar dapat bertemu dgnNya dalam keadaan Khusnul Khatimah. diri ini selalu saja sibuk dengan urusan2 dan tuntutan sebagai seorang mahasiswa dan amanah yg terpundak di batu jemala ini. mahu tidak mahu ianya perlu dilaksanakan sebaik yg mungkin... namun diharapkan apa g aya lakukan selama ini mendapat keredhaanNya...

apa yg diharapkan kini cuma satu, semoga diri ini menjadi insan yg lebih baik drp hari ini dan esok masih ada utk aya bertemu dgn ramadhan akan datang...

namun sebelum aya menakhiri coretan kali ini aya berdoa agar semua muslimin dan muslimat sentiasa berada pada landasanNya dan moga Allah memberikan kekuatan kepada suadara2 kita di Palestin utk menghadapi Zionis laknatullah dengan penuh keimanan dan ketaqwaan...dan semoga kita yg berada dalam nikmat keamanan dan kesejahteraan ini tidak lupa untuk menitipkan doa kepada saudara2 kita di sana dan menghulurkan bantuan apa yg terdaya...semoga kita meraikan aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan ramadhan yang bakal kita tinggalkan ini mampu mentarbiah kita menjadi insan selayaknya insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah...


Ya Allah Kau rahmatilah kami muslimin dan muslimat, agar kami sentiasa berada pada jalan yang lurus...

31 Aug 2010

Putaran Kehidupan

hmmmmmm....
sering aku bermonolog sendirian, begini rupanya kehidupan...
Allah itu maha Kaya, maha pengampun, dan maha mengetahui...akan apa yang terbaik untuk hamba2Nya.betapa aku bersyukur dengan apa yang aku miliki selama ini..walau pun banyak dugaan dan segala macam yang berlaku di dalam kehidupan ini, aku tetap bersyukur...adakalanya aku diberi peluang menikmati kemanisan sebuah kejayaan...hati ini berbunga gembira x terungkap....ada ketikanya pula kepahitan yang pedih menusuk nubariku ini datang bertandang....sedihnya bukan kepalang...tapi aku bagaikan tak percaya yang aku mampu hadapinya dengan rasional...aku mampu membuat keputusan yang x membinasakan diriku dan orang sekelilingku...seseungguhnya aku tahu kekuatan itu datang daripadaNya...Allah tuhanku yang satu....

Aku yakin jika kita dekat denganNya Dia juga dekat dengan kita...
walau apa pun yang datang...pahit, masam, manis, tawar, pedas dan apa jua rasa itu kita pasti mampu hadapinya...kerana setiap dugaan yang datang itu tanda kasih dan ingatan Allah kepada kita....semakin hebat dugaan yang melanda semakin dekat kasih sayangNya kepada kita....

Jadi apa pun yang berlaku aku redha dan berusaha utk memperbaiki diri menuju jalanNya yang kekal abadi...Inilah yang dinamakan roda kehidupan yang sentiasa berputar... menghiasi kehidupan yang sementara ini...tiba masanya pasti roda itu akan berhenti berputar...

14 Aug 2010

SaLaM RaMaDhAn....

hari ni baru aya berkesempatan utk update blog....
biasa la lumrah hidup sebagai mahasiswa terlalu sibuk dgn urusan kuliah dan aktiviti luar...kalau kita nak jadi insan yg cemerlang a.k.a mahasiswa yg berkualiti kita kenalah aktif menyertai pelbagai aktivit persatuan dan kelab di samping fokus utama dalam akademik tidak tersasar dari landasan...

opsssssssss... back 2 our topic...

semperna bulan ramadhan yg mulia ini aya nak memohon maaf kepada semua yg mengenali diri ini.. dan harapan aya pada ramahdan kali ini supaya ianya menjadi platform untuk aya dan semua muslimin dan muslimat melakar perubahan menuju ke jalan Ilahi...

ramadhan kali ini aya dah x da peluang untuk menyambutnya dgn Tok dan Tok wan aya...terasa sangat pilu bila teringatkan Tok Som dan Tok wan Man yg da kembali kepada-Nya... sbb tiap2 tahun mesti akan ada juga sekurang-kurangnya sekali berbuka puasa sama2... namun pemergian mereka tetap aya redhai kerana tiap2 yg bernyawa pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya...

dalam menjalani ibadah puasa tanpa ibu ayah dan adik-beradik di sisi aya sangat hargai moment bersama mereka....

aduh x sabar rsanya nk tunggu blik kampung...aya rindu sama ikan terubok bakar mak yaa...


hmmmmm rsanya dah x ada apa lagi yg nk aya coretkan kt sini...

so jumpa lagi dalam coretan aya yg seterusnya...

"selamat menjalani ibadah puasa dalam penuh keberkatan..."

5 Jul 2010

wArNaKu...

Hitam atau putih
Merah atau jingga
Biru atau hijau
Warna-warna kehidupan
yang ingin kita corakkannya

Tapi kenapa
Ada saja yang cuba
Yang ingin mengubah warnaku

Berilah aku peluang
Untuk aku memilih jalanku
Aku juga ingin terbang bebas
Seperti unggas yang bebas berterbangan
Mengecapi warna alam ciptaan-Nya

Masihkah ada sinar itu
Apakah dapatku nikmati semua itu
Sedangkan masih ada yang cuba memilih
Apa warna yang harus aku corakkan

Inginku lukis
Inginku warnai hidupku
Asalkan kutahu
lukisan dan warna hidupku pada jalanNya

Tentangku secara dekat...gituuu...

Assalamualaikum dan salam perkenalan kpd semua...

klo dalam 1st entri aya just perkenalkan diri aya ini secara general ja...
x sempat pun nak perkenalkan dgn  > dekat... msti ada jugak dlm kalangan korang yg nk tau sapa la pemilik wArNa HiDuP iNsAni ni kan....hu3...klo pun x da yg nak tau buat2 ja la nk tau k... so let's me introduce myself... ok...

Pada tanggal 2 mei 1988 bersamaan 15 Ramadhan 1408 H, lahirlah seorang bayi perempuan yg diberi nama Nor Azila Bt Abd Goni kpd pasangan suami isteri Abd Goni & Azizah..kehadiran bayi sulung ini merupakan detik yg amat gembira kepada pasangan ini kerana perkahwinan selama setahun akhirnya diserikan dengan anugerah cahaya mata...( pergh ayat x ble bla..cm nk wt karangan BM da..huk3) opssssssss lupa plk nk cakap yg aya ni dilahirkan di kg Bukit Lada Kedah.. tpi aya sja jer tulis ni dlm dialek Perak sebab aya ni minat sgt dengan citer Pah Bedah yo 2...

 (x sempat aya nk scan gambar msa baby dlo..ni pon ok la kn...)

Tahun demi tahu anak ini membesar dalam keadaan yg sihat walafiat, selang ja 3 tahun maka aya pon dapat la adik lelaki yg diberi nama Nor Azwan... dan seterusnya aya dapat adik ke-3 pada tahun 1995 Nur Suhada a.k.a adik Da dan diikuti dengan adik bongsu aya pada tahun 2001 Muhammad Syafiq a.k.a adik apit.. jadinya lengkaplah anugerah Ilahi kpd pak cik Goni dan Mak cik Azizah..

( ni adik Wan n adik Da masa diorang kecik2 dlo... skrg ni da besar panjag da...)

(yg tengah posing sakan ni adik apit...kt blakag 2 adik da...ni gambar diorang yg terkini la..)

Berbalik kpd ceritera tentang diri aya, masa zaman2 sekolah rendah dlu kiranya biasa2 ja la... nk kta cemerlang sgt pon idak.. nk kta x cemerlang pon idak ler..kiranya sederhana aja dalam aspek akademik ni...
masa sekolah rendah aya bersekolah di SK Bukit Payong... masa UPSR aya dapat 2A ja...lepas 2 aya pon masuk la ke SMK Syed Mohamed Al Bukhary dan tinggal la kt asrama...bg aya masa kt asrama ni la aya blajar tentang erti berdikari, kekeluargaan, persahabatan dan apa ertinya hidup kt dunia Allah yg hanya sekadar persinggahan...lepas SPM aya masuk PLKN... kt sini la aya mula belajar utk menjadi seorang insan yg mempunyai jati diri dan belajar utk berkomunikasi dengan baik... tpi aya sempat berPKLN 2 bln ja... pas2 aya dpt tawaran ke Matrikulasi Perlis... kt matrix ni plk aya hadapi dugaan yg getir skli... sampai sakit2...aya mmg x boleh nk blajar kt matrix ni... stresssssssssss tahap gaban... cukup ja 2 bln aya cakap dekat ayah yg aya nk blik x mau dah blajar kt sini... aya kta nk masuk tingkatan 6.... ayah n bonda memang sgt memahami aya diorang x kisah asalkan aya bahagia dan x sengsara....bknnya apa aya rasa mmg bukan bidang aya utk blajar math n akaun nik...asbabnya aya ni minat sejarah, isu semasa dan bahasa Melayu...ayah n bonda mmg x kisah apa saja org nk kata asalkan anak dia x berada dalam keadaan yg sengsara..aya mmg berterima kasih sgt kt ayah n bonda...walau pun gagal nk teruskan pelajaran di matrik aya dapat sokongan dan motivasi drp ayah n bonda...dan aya rasa inilah masanya utk aya buktikan yg aya jugak mampu berjaya...jadi masa ting. 6 ni mmg aya blajar bersungguh-sungguh...dan akhirnya aya berjaya membuatkan ayah n bonda berbangga mempunyai anak mcm aya...aya berjaya menjadi pelajar terbaik STPM...dan kini aya berada di UPSI di semester 5 dan bakal menjadi seorg guru kelak... harapan aya semoga aya dapat jadi seorang guru yg boleh berbakti kepada agama, bangsa, negara dan ibu bapa...bagi aya gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya...

rasanya x da apa dah yg aya nk cerita kt korang suma...ni la serba sedikit tentang diri aya...klo nk cerita 1 per 1 sampai bila pon x habis...

kt sini aya nk cakap yg aya sayang keluarga, kawan2 n cikgu2 aya...


PERINGATAN!!! jangan menggunakan cara penulisan seperti ini dalam penulisan ilmiah anda...ini sekadar cerita utk bersantai k....

2 Jul 2010

ni post pertama ako...

salam perkenalan....
saja ja perkenalkan diri ni kan...
tah kenapa tah tetiba ja rasa nk wt blog...
sblm ni kwn2 tnya knpa x wt blog...
ako ckp malas la...apa la...kn bnyk ja alasan...
bgus jgak wt blog ni...
kt blog ako ako nk cerita mcm aspek 
x kira la dr perkara yg santai sampai la ke hal2 yg besar..
tpi kali ni hati ako tergerak nk wt blog...
so...ikut ja kta hati yg berbicara ni...

"senyumlah walaupun kau sering dilukai"
"cintailah Allah kerana kau pasti tidak akan dikecewakan dgn cintanay yg Agung"